Nak Beli Rumah Tapi Takde Slip Gaji? No Problem bos!


Pernah tak anda rasa "down" bila masuk bank nak tanya pasal pinjaman perumahan, tapi soalan pertama kerani bank ialah: "Boleh saya tengok slip gaji 3 bulan terkini?"

Bagi abang Grab, kakak yang niaga nasi lemak, freelancergrafik, atau korang yang buat bisnes online, soalan ni memang cukup memeritkan. Kita ada duit, pendapatan bulanan kadang-kadang lagi lebat dari kerja pejabat, tapi sebab tak ada slip gaji "rasmi", impian nak beli rumah terus terkubur.

Tapi tunggu dulu! Untuk tahun 2025, kerajaan telah memantapkan lagi satu inisiatif yang memang 'game changer' untuk kita semua: Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).

Apa Itu SJKP Sebenarnya?

Senang cerita, SJKP ni adalah "penjamin" korang. Biasanya bank takut nak bagi pinjam sebab tak ada bukti pendapatan tetap. Jadi, syarikat SJKP (milik penuh Kementerian Kewangan) datang dan beritahu bank: "Korang bagi dia pinjam, kalau ada apa-apa, kami jamin!"

Kenapa SJKP Ni "Best"?

  1. Tak Perlu Slip Gaji: Pekerja ekonomi gig, peniaga kecil, dan petani semua boleh mohon.
  2. Pembiayaan 100%: Kalau nasib baik dan syarat cukup, korang boleh dapat pinjaman penuh. Tak payah pening kepala nak kumpul deposit 10% yang berpuluh ribu tu.
  3. Rumah Pertama Sahaja: Khas untuk korang yang betul-betul nak tempat berteduh sendiri, bukan untuk pelabur hartanah yang dah ada 10 biji rumah.
  4. Termasuk Kos Tambahan:Pinjaman ni bukan setakat harga rumah je, tapi boleh cover sekali insuran (MRTT/MRTA) dan yuran guaman. Kurang sikit beban tunai keluar dari poket.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia: Umur 18 tahun ke atas.
  • Pendapatan: Tak kira tetap atau tidak tetap. Janji korang boleh buktikan korang ada pendapatan (contoh: rekod transaksi bank atau penyata Grab/Shopee).
  • Harga Rumah: Sehingga RM500,000.
  • Lokasi: Rumah baru (undercon), rumah siap, atau rumah second-hand (subsale) pun boleh!

"Tapi Saya Tak Ada Slip Gaji, Macam Mana Nak Buktikan Ada Duit?"

Inilah kelebihan SJKP. Bank akan tengok:

  • Penyata bank 6 bulan terkini (pastikan setiap bulan ada duit masuk!).
  • Rekod caruman KWSP (jika ada).
  • Penyata cukai pendapatan (LHDN).
  • Bagi yang tiada dokumen langsung, korang boleh dapatkan Surat Pengesahan Pendapatan daripada Ketua Kampung, Penghulu, atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.

Kalau ada CTOS/ CCRIS Macam Mana?

SJKP ni memang tak minta slip gaji, tapi dia SANGAT PENTINGKAN disiplin bayar hutang.

Kalau ada rekod tunggakan (nombor 1, 2, atau 3 dalam laporan CCRIS), bank akan nampak kita sebagai "peminjam berisiko".

  • Bank fikir: "Hutang lama pun dia sangkut, macam mana nak bayar hutang rumah RM500-RM800 sebulan?"
    Apa Nak Buat Sekarang? (Plan Cuci Nama)

Kalau nak mohon tahun 2025 ni, korang kena buat operasi "Deep Clean" rekod kredit dulu:

Langkah 1: Kenal Pasti "Musuh" – Check laporan eCCRIS (percuma) atau CTOS. Tengok hutang mana yang sangkut. Adakah bil Coway? Hutang motor? Atau kad kredit?

Langkah 2: Selesaikan Tunggakan – Kalau ada duit lebih, langsaikan tunggakan tu secepat mungkin. Jangan biarkan ada nombor selain '0' dalam petak CCRIS tu.

Langkah 3: Tunggu 12 Bulan – Ini yang paling mencabar. CCRIS ni dia "rekod" perangai kita selama 12 bulan. Jadi, lepas korang dah bayar cantik setiap bulan tanpa gagal, korang kena tunggu 12 bulan untuk bagi rekod lama tu "terpadam" dan diganti dengan rekod baru yang bersih.

Gaji RM2,000 – Cukup ke Nak Beli Rumah?

Jujurnya, RM2,000 ni dikira cukup-cukup makan untuk beli rumah bawah SJKP.

Had Pinjaman: Dengan gaji RM2k, bank mungkin bagi pinjam dalam RM150k ke RM180k sahaja (ansuran dalam RM700-RM800 sebulan).

Target Rumah: Kena cari rumah kos rendah, flat, atau apartmen kecil dulu. Jangan terus target kondo mewah, memang bank pangkah awal-awal.

Cari "Partner": Paling padu, ajak pasangan (suami/isteri) joinsekali. Gaji RM2k + RM2k = RM4k. Rekod lebih kuat, peluang lulus lebih tinggi!

"Shortcut" (Kalau Ada)

Kalau korang rasa tak boleh tunggu 12 bulan:

Guna Surat Pelepasan: Kalau korang dah settlekan hutang CTOS (macam hutang telko), minta Surat Pelepasan (Settlement Letter). Bawa surat ni masa jumpa pegawai bank. Sesetengah bank boleh bertolak ansur kalau korang ada alasan kukuh kenapa sangkut dulu.

Simpan Duit dalam ASB/Tabung Haji: Tunjukkan kat bank yang walaupun gaji RM2k, korang tetap ada simpanan RM100-RM200 sebulan secara konsisten. Ini bukti korang ada "disiplin kewangan".


Gaji RM
2k + Blacklist = Boleh, tapi kena sabar.
"Cuci" d
ulu nama korang bagi bersih tahun ni, simpan sikit duit, Insya-Allah tahun depan (2026) dah boleh pegang kunci rumah sendiri guna SJKP.

Nak check status lebih detail? Boleh terus layari Portal Rasmi SJKP untuk tengok senarai bank yang paling "mesra" dengan kes macam korang.

Cara Nak Apply?

Korang tak payah pergi ke pejabat SJKP pun. Terus je pergi ke bank-bank yang bekerjasama seperti:

Bank Simpanan Nasional (BSN)

  • Maybank
  • Alliance Bank
  • Dan banyak lagi bank tempatan lain.
  • Pro-tip: Sebelum pergi bank, pastikan rekod CCRIS/CTOS korang "hensem" (tiada tunggakan hutang lain yang kronik). Walaupun tak ada slip gaji, disiplin bayar hutang tetap bank nak tengok!