
TENTANG
WargaWilayah.My (WWMY) ialah sebuah platform rakyat untuk memahami, merasai dan menyelesaikan realiti hidup di bandar raya paling mahal di Malaysia.
Di saat kos sara hidup meningkat lebih pantas daripada gaji, penjaja bergelut dengan kos operasi, pekerja gig hidup tanpa perlindungan, dan keluarga bandar terpaksa membuat pilihan sukar setiap hari — Warga KL wujud sebagai suara yang menghubungkan realiti rakyat dengan tindakan dasar.
Platform ini menghimpunkan:
• analisis kos hidup yang mudah difahami,
• cerita sebenar warga kota,
• penerangan dasar awam dalam bahasa rakyat,
• serta cadangan solusi praktikal yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan.
WargaWilayah.My bukan portal berita.Ia adalah tempat rakyat faham apa yang sedang berlaku, kenapa ia berlaku, dan apa yang boleh dibuat hari ini, bukan sekadar janji esok.
Kerana bandar pintar bukan dibina dengan teknologi semata-mata,
tetapi dengan keadilan, kefahaman dan kecaknaan.
Kenapa Laman Ini Ditubuhkan
Bandar besar seperti Kuala Lumpur bukan sekadar bangunan tinggi dan statistik ekonomi.
Ia adalah tentang orang — keluarga yang mengira belanja dapur, penjaja yang bangun awal pagi, pekerja gig yang kejar masa, warga emas yang cuba bertahan dengan simpanan terhad.
Laman ini diwujudkan sebagai ruang kefahaman bersama antara kerajaan dan warga kota.
Bukan untuk menafikan cabaran, bukan untuk menutup kelemahan dan bukan sekadar menyampaikan angka.
Sebaliknya, laman ini bertujuan untuk:
• Menterjemah dasar, data dan inisiatif kerajaan ke dalam bahasa yang mudah difahami rakyat
• Membantu warga kota memahami kenapa sesuatu keputusan dibuat, dan apa implikasinya kepada kehidupan harian mereka
• Mengangkat realiti sebenar di lapangan — kos hidup, pekerjaan, perniagaan kecil, dan tekanan bandar — dengan empati
Aduan/ Cadangan
#112
Jalan Cempaka Sari
45000
Kuala Lumpur
Malaysia
info@wargawilayah.my
REGISTERED CHARITY NUMBER : 0123456789

