Pernah tak kau terfikir, masa kau tengah maki hamun orang dekat ruangan komen pasal isu DBKL vs peniaga, atau pasal NGO mana yang paling terpaling hero—apa sebenarnya yang kita dapat? Adakah harga telur terus turun? Adakah jalan sesak kat KL terus lancar? Tak, bang. Yang kita dapat cuma hati yang makin hitam dan jurang yang makin jauh.
Kita ni sebenarnya kawan lama yang tiba-tiba jadi pelik sebab 'label'.
Banjir KL: Bencana Alam Yang Tak Pilih Kasih
Ingat tak bila KL kena banjir kilat? Masa air berlumpur tu masuk ikut celah pintu rumah dekat Kampung Baru, dekat Segambut, atau dekat basement kondo mewah kat Bukit Bintang—ada ke air tu tanya, "Eh, kau sokong PKR ke? Kau ni orang DAP? Atau kau ni unit amal Pas? AJK Bahagian Bersatu? Orang UMNO ke ni?"
Tak ada, bang. Air banjir tak kenal logo parti. Air banjir tak peduli kau NGO apa. Bila air naik, semua pun kena. Masa tu, kita tengok abang India tolong tolak kereta pakcik Melayu. Kita tengok anak muda Cina angkut mesin basuh makcik jiran sebelah. Masa tu, label politik semua terbang masuk tong sampah. Yang tinggal cuma survival. Kita 'chill' dalam kepayahan sebab kita tahu, kalau kita tak tolong satu sama lain, kita semua karam. Kenapa kita perlu tunggu banjir besar baru nak jadi manusia semula?
Tak ada, bang. Air banjir tak kenal logo parti. Air banjir tak peduli kau NGO apa. Bila air naik, semua pun kena. Masa tu, kita tengok abang India tolong tolak kereta pakcik Melayu. Kita tengok anak muda Cina angkut mesin basuh makcik jiran sebelah. Masa tu, label politik semua terbang masuk tong sampah. Yang tinggal cuma survival. Kita 'chill' dalam kepayahan sebab kita tahu, kalau kita tak tolong satu sama lain, kita semua karam. Kenapa kita perlu tunggu banjir besar baru nak jadi manusia semula?
Stadium Merdeka & Bukit Jalil: Roh "Kita", Bukan "Aku"
Kita balik semula ke Stadium Merdeka. Tahun 1957 tu bukan sekadar pasal sehelai kertas borang Merdeka. Ia pasal toleransi yang paling tinggi dalam sejarah dunia. Orang dulu-dulu punya 'chill' sampai sanggup letak tepi beza agama dan budaya demi satu impian.
Begitu juga masa SUKOM 98 kat Stadium Bukit Jalil. Masa kita “tapau” 10 emas, masa Shanti Pereira atau Watson Nyambek lari (sebagai contoh semangat atlet kita), satu stadium tak panggil nama parti. Kita panggil "MALAYSIA!". Itulah momen di mana kita sedar yang kita ni sebenarnya kuat gila kalau kita tak gaduh.
Sepuluh pingat emas tu bukan milik menteri, bukan milik NGO, bukan milik parti, tapi milik kau, milik aku, milik kita yang sorak sampai tekak kering. Kita sanggup beratur panjang naik LRT sama-sama, nyanyi lagu Negara Ku sama-sama, bersorak, kibar bendera kita. Senada, sebaris. Serius aku cakap memang meremang bulu roma! Cubala kau bayangkan sekejap..
Survival Kota: Kita Semua Cari Rezeki Bawah Langit yang Sama
Kuala Lumpur ni keras, bang. Nak survive kat sini bukan senang. Peniaga air balang kat tepi jalan tu cari rezeki nak bayar sewa bilik. Abang penguatkuasa yang jalankan tugas tu pun ada anak bini nak kena bagi makan kat rumah. Kalau dua-dua pihak ni gaduh sampai viral maki-hamun, siapa yang menang? Tak ada siapa. Yang menang cuma 'content creator' yang kutuk sana sini nak kejar view.
Ada lagi ni. Kalau kau jalan kaki dari Masjid Jamek menghala ke arah Bukit Nanas? Di situ ada satu pemandangan yang bagi aku sangat 'mahal'. Tak sampai satu kilometer dari kubah Masjid Jamek yang ikonik tu, berdiri teguh Gereja Besar St. John. Dua rumah ibadat besar, dua kepercayaan berbeza, duduk tak jauh sebelah-menyebelah berpuluh tahun lamanya.
Soalnya : Pernah tak kau dengar Imam Masjid Jamek gaduh dengan paderi Gereja St. John pasal parking? Pernah tak AJK Masjid buat provokasi dekat penganut Kristian kat situ? Tak pernah, bang. Mereka smooth je, sweet je. Mereka faham satu benda yang kita selalu lupa: Hormat itu macam "simple" je, tak susah, siapa-siapa pun boleh buat kot, tapi kesannya luar biasa.
Soalnya : Pernah tak kau dengar Imam Masjid Jamek gaduh dengan paderi Gereja St. John pasal parking? Pernah tak AJK Masjid buat provokasi dekat penganut Kristian kat situ? Tak pernah, bang. Mereka smooth je, sweet je. Mereka faham satu benda yang kita selalu lupa: Hormat itu macam "simple" je, tak susah, siapa-siapa pun boleh buat kot, tapi kesannya luar biasa.
Cuba kita ingat balik apa yang Tuhan pesan. Allah SWT tak pernah suruh kita cari pasal atau menzalimi orang lain hanya sebab mereka berbeza pegangan. Dalam Surah Al-Mumtahanah, ayat 8, Allah berfirman:
"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."
Jelas, kan? Kalau mereka tak cari pasal, kenapa kita nak 'gelabah' nak cari gaduh? Kalau kita asyik nak melantun tak tentu pasal, itu bukan sebab agama, itu sebab ego kita yang setinggi KLCC tapi ilmu kita senipis tisu. Sama lah juga dengan kawan-kawan kita penganut agama lain, sama je kaedahnya: Saling memahami, saling menghormati. Gerenti harmoni.
Monumen KL: Saksi Budi, Bukan Saksi Maki
Cuba kau berdiri tengah-tengah Dataran Merdeka waktu malam. Pandang Bangunan Sultan Abdul Samad yang cantik tu. Bangunan tu dah tengok macam-macam. Ia dah tengok perarakan kemenangan, ia dah tengok rusuhan, ia dah tengok air mata. Ia tetap berdiri teguh sebab batu-batanya terikat kemas antara satu sama lain.
Begitu juga kita. Kita ni 'batu-bata' Kuala Lumpur. Kalau satu batu nak pecahkan batu yang lain, runtuhlah bangunan tu. Jambatan kat KLCC tu pun sama—dia menghubungkan dua menara berbeza. Dia tak tanya menara kiri tu ideologi apa, menara kanan tu mazhab mana. Dia cuma hubungkan. Jadi, kenapa kita susah sangat nak jadi 'jambatan'? Kenapa kita lebih suka jadi 'tembok' yang memisahkan?
Dalam banyak-banyak benda kita cakap, ada satu benda kita terlepas pandang : Toleransi. Manusia ni tak ada sesiapa yang sempurna. Semua ada kekurangan, kelemahan. Semua. Tujuan toleransi ialah untuk menerima dan “give in” dengan betul, cara yang betul, masa yang betul, “style” yang betul.
Kalau ada silap salah, kita tegur dengan adab. Kalau ada peraturan, ikut dengan hormat. Semua benda ada peraturan. Kita ni m makan pun ada peraturan kalau tak takkan ada penyakit obesiti , tiga serangkai semua tu. Belasah je selagi boleh. Kita ni hidup dalam satu ekosistem. Kalau peniaga atau penjaja pun tak ada, kita pun susah nak cari makan murah dan sedap. Kalau penguatkuasa tak ada, bandar kita jadi rimba. Siapa kuat dia jadi raja. Oleh itu kawan-kawan ku, kita saling memerlukan. Tak payahlah nak “divide-divide”-kan orang dengan label "Aku pembela rakyat" atau "Aku pendukung tulen undang-undang". Kita semua ni cuma hamba Allah yang tengah usaha nak teruskan hidup esok pagi. Ya, esok ada lagi. Ada lagi perut yang kena diisi.
Cukuplah... Jom Kita Chill
Dunia luar dah cukup toksik. Isu air balang, isu sita-menyita, isu suara NGO yang merasakan ditindas dan pelbagai lagi lah —semua tu lebih kepada satu anjakan ke arah usaha untuk mempereratkan lagi hubungam sesama kita. Esok lusa kalau kau sakit, bukan 'keyboard warrior' kat internet tu yang hantar kau pergi hospital. Jiran sebelah rumah kau yang kau panggil "bai" atau "uncle" tu juga yang akan ketuk pintu rumah kau.
Lek lu, ngeteh la segelas... Kita kan keluarga? One big family.

